Atas permintaan ramai kami meneruskan lagi seminar ...

"Seminar Perniagaan Unit Trust Langkah Demi Langkah... Dan Terus Boleh Memulakannya"

 

Belajar Terus dari Agensi Unit Trust Bumiputera yang Telah Mendapat Anugerah Jualan Tertinggi 2007, Anugerah Top Rekruter Bumiputera 2008, promoted to Group Agency Manager 2010 dan dapatkan website PERCUMA anda!

 

"Pelajari Cara Yang Pantas, Mudah Membina Perniagaan Unit Trust

Walaupun

Anda Bukan Pakar Kewangan atau Pakar Jualan!"

 

 

 Arif-Azizah-Jas-Public Mutual

Daripada: Arif Ismail dan Jaslinah Abd Rahman
Tarikh:
 

 

Assalamualaikum & Salam Ceria,

Adakah anda desperately looking for promotion di tempat kerja? Tapi tak kunjung tiba

Adakah perbelanjaan bulanan anda kurang dari pendapatan anda?

Adakah anda suri rumah yang ingin membantu pendapatan keluarga?

Adakah anda graduan yang tercari-cari kerja yang masih belum diperolehi?

Adakah anda bercita-cita untuk menjalankan perniagaan sendiri tetapi masih tidak dapat memulakannya?

Adakah anda gagal memulakan perniagaan kerana halangan-halangan ini?

Modal yang tinggi, tiada kepakaran, terlalu sayang dengan majikan dan tempat kerja anda dan tidak yakin pada potensi diri?

Anda mungkin telah menghadiri banyak kursus, membaca banyak buku/ ebook, membelanjakan sejumlah wang, memperuntukkan masa dan bermacam-macam lagi usaha demi untuk mencapai matlamat menambah pendapatan atau membina perniagaan namun masih buntu mengenainya. Bahkan anda mungkin telah mempunyai perniaagaan kecil-kecilan tetapi masih tidak berpuashati kerana masa yang terlalu sibuk. Kami akan menunjukkan kepada anda jalan penyelesaiannya!

 

Latarbelakang Arif Ismail (Pengurus Agensi Kumpulan):

Anda ingin membina perniagaan anda sendiri? Ikuti kisah pengalaman sebenar saya yang kini menjadikan perniagaan Unit Trust sebagai profesion sepenuh masa yang menguntungkan InsyaAllah.

Nama saya Arif bin Ismail. Berkelulusan B.Eng. Electrical (UTM) dan MSc Telecomm and Info System (Essex, UK). Walaupun saya berkelulusan tinggi dan telah bekerja sebagai pengurus dengan syarikat korporat yang besar, namun hati saya bergelora, bergejolak dan teruja supaya bagaimana saya dapat menguruskan masa dan kewangan saya dengan lebih baik tanpa terikat dengan sistem yang telah ditentukan oleh majikan.

Anda mungkin telah memahami bahawa semakin lama anda bekerja, semakin besar gaji anda, dan seharusnya semakin besar tanggungjawab anda. Tetapi usia anda semakin lanjut. Anda juga perlu berhati-hati bahawa semakin besar pangkat yang anda jawat, sebenarnya semakin kuranglah masa lapang anda untuk keluarga, beribadat khusus dan sebagainya.

Bahkan semakin besar gaji anda, semakin kuat terasa tekanan dari atas. Seolah-olah pihak majikan mahu menggantikan anda dengan orang yang lebih muda yang boleh dibayar gaji yang lebih murah. Bayangkan ketika umur anda menjangkau 45 tahun, tiba-tiba syarikat anda menamatkan perkhidmatan setia anda kerana syarikat terpaksa downsizing. Kemana anda mahu pergi? Mencari kerja lagi!!! Siapa yang sanggup membayar gaji anda yang sudah tinggi tu...

Oleh itu saya tercari-cari idea bagaimana supaya apabila umur sudah melebihi 40 tahun, saya dapat bekerja dengan tenang tanpa risaukan downsizing, boss marah dan sebagainya. Alhamdulillah, nak dijadikan cerita pada Nov 2005 saya telah diperkenalkan oleh seorang rakan bernama Zamri untuk menceburi bidang perniagaan unit trust ini.

Arif
                          Ismail Public Mutual Pada mulanya saya tidak yakin untuk membuat perniagaan ini kerana mendengarkan jualan yang dirasakan sangat tinggi (ketika itu) perlu dibuat untuk menyamai balik gaji yang telah saya terima dengan syarikat korporat dulu. Tetapi, Alhamdulillah setelah 3 bulan menceburi bidang unit trust ini, saya telah dapat balik apa yang saya perolehi dulu.

Kini telah lebih 4 tahun saya menjalankan perniagaan unit trust ini dan saya merasakan satu kerugian jika pengalaman ini tidak dapat dikongsi bersama rakan-rakan beragama Islam di seluruh Malaysia. Agensi Caliph ini telah berkembang dari 1 orang kepada lebih dari 190 orang dalam masa yang sangat singkat.

Kami yakin anda dapat melakukannya dengan lebih baik lagi terutamanya anda yang berpengalaman dalam bidang insurans/takaful dan MLM.

Orang yang tiada pengalaman perniagaan seperti saya dengan bantuan dan kesungguhan serta keizinan dari Allah pun dapat melakukannya.

Visi kami adalah bagaimana Agensi Caliph ini dapat berkembang dengan membangunkan 50 Pengurus Agensi baru dalam masa 2 tahun sebagaimana pengalaman saya sendiri yang Alhamdulillah telah berjaya menjadi Pengurus Agensi dalam masa 1 tahun 9 bulan hasil bimbingan leaders dan kawan-kawan yang memahami dan berkebolehan.

Untuk merealisasikan visi tersebut kami mengadakan latihan intensif setiap hari Sabtu jam 9:30 pagi hingga 12:00 tgh untuk membolehkan konsultan part-time (pada permulaannya) menghadirinya. Disamping itu, setiap hari Isnin jam 9:30 pagi, satu sessi brainstorming diadakan di pejabat kami berhampiran "Las Vegas".

Konsultan separuh masa yang tidak dapat hadir sesi brainstorming akan dapat menerima nota perbincangan melalui emel dan melalui laman blog www.myUnitTRUST.com dengan kata laluan khas (special login password). Blog myUnitTRUST.com ini juga digunakan sebagai sumber rujukan untuk melihat Jadual Latihan, Aktiviti Jualan, Nota Kursus dalam bentuk pdf, Kaedah Menjalankan Perniaagaan dan sebagainya.

Kami menganjurkan aktiviti jualan dan recruitment bulanan untuk membantu anda mengembangkan perniagaan anda dan membina empayar anda sendiri. Aktiviti recruitment yang dibuat adalah untuk anda kerana quota recruitment kami sudah penuh.

Oleh itu konsultan-konsultan baru akan disalurkan kepada anda yang aktif supaya empayar anda dibina sejak awal lagi dan dapat menjadi Pengurus Agensi dengan lebih cepat.

 

Latarbelakang Azizah Saad (Our first GAM):

Selepas tamat kursus kesetiausahaan di Institut Teknologi Mara (sekarang UiTM) pada 1989 saya sempat bekerja sebagai setiausaha di bank. Sekian lama bekerja di situ, saya sedar kerja makan gaji tidak membawa saya ke mana-mana. Saya kuat percaya untuk kaya hanya dengan berniaga. Dalam Islam sendiri menyebut sembilan daripada 10 rezeki melalui perniagaan. Sebenarnya, dari zaman sekolah lagi saya sudah pandai cari duit sendiri. Saya bekerja di restoran dengan upah RM4.

Keluarga saya orang susah, bapa kerja nelayan dan emak pula suri rumah. Abang dan kakak saya tidak berpeluang bersekolah tinggi semata-mata untuk memberi laluan kepada adik-adiknya mendapat pendidikan yang lebih baik. Ketika ditawarkan masuk ITM, berdikit-dikit ayah kumpul duit untuk bayar yuran dengan dibantu abang. Masa di kolej juga saya cuba cari duit sendiri. Saya ‘ambil upah' mencuci rambut kawan-kawan, dapat 50 sen seorang, lepaslah duit makan. Saya pernah juga beli nasi lemak di luar kemudian saya jual balik pada kawan-kawan di kolej dengan mengambil untung sedikit. Walaupun apa yang saya lakukan nampak kecil, sebenarnya ia memberi pengalaman dan pengajaran berguna pada saya terutama dalam memahami dunia perniagaan.

Sebelum menyertai unit amanah, segala bentuk perniagaan saya buat daripada jualan langsung hingga kepada menjadi agen insurans. Ketika itu walaupun tidak mempunyai ramai kenalan di Kuala Lumpur, saya beranikan diri menegur dan menghubungi sesiapa saja yang berpotensi menjadi pelanggan saya. Cubaan menjadi agen insurans berhasil sehingga meraih pendapatan sekurang-kurangnya RM5,000 sebulan. Ketika itu saya mengambil keputusan berhenti kerja tetap kerana tidak mampu mengimbangi dua pekerjaan sekali gus.

Jaslinah-&-Azizah Saad Ketika situasi insurans kurang memberangsangkan disebabkan kejatuhan ekonomi pada 1998, pendapatan saya merosot sehingga ke RM1,500. Saya panik, tetapi bernasib baik mendapat peluang menjadi Unit Trust Consultant selepas diperkenalkan oleh seorang rakan. Setakat ini Alhamdulillah, pendapatan saya boleh dikira setaraf dengan CEO syarikat korporat.

Latarbelakang Jaslinah Abd Rahman (Our new GAM):

Jaslinah berkelulusan B.Accounting dan telah bertauliah sebagai Certified Financial Planner. Beliau telah menceburi bidang unit trust ini secara sepenuh masa semenjak tahun 2000 dan mempunyai pengalaman 8 tahun dalam bidang Treasury dan Risk Management. Beliau mempunyai kemahiran mendalam dalam selok belok pasaran saham dan juga merupakan sebahagian dari tenaga pelatih yang disayangi dalam agensi kami.

Testimonial

Anugerah yang dimenangi oleh Agensi kami yang diterbitkan di surat khabar Utusan Malaysia dan TheStar pada 19 May 2007:

Azizah Saad - 2nd Runner Up Top Group Agency Manager & Million Ringgit Producer

Public Mutual Award

Arif Ismail - Won a trip to Hong Kong and Shenzen & Million Ringgit Producer

Public Mutual Agent
                  Consultan Seminar

Jaslinah Abdul Rahman - Won a trip to Greece and Turkey & Million Ringgit Producer

Public Mutual Agen
                  Consultan Seminar Unit Trust

Nota: Salinan suratkhabar bukti anugerah yang dimenangi tidak dapat dipaparkan kerana untuk akur kepada Online Trading Guideline yang dikeluarkan oleh SC. Oleh itu anda digalakkan untuk datang ke seminar ini untuk menyaksikan sendiri bukti-bukti tersebut.

Arif and Azah: Top Recruiter 2008 as at end Nov 2008

Untuk setakat Jan-Nov 2008, Arif dan Azah adalah Rekruter No 1 dan No 3 di Malaysia seperti ditunjukkan dalam jadual di bawah

Public Mutual Recruiter

:

Potensi Industri Unit Trust:

Hari ini industri unit trust di Malaysia mula berkembang dan semakin mendapat perhatian. Industri Multi-Billion ringgit ini telah berkembang dari RM0.4b pada tahun 1992 kepada RM130b pada tahun 2008. Potensinya memang besar cuma kita perlu mengambilnya. Kita hendaklah jadi orang yang melakukannya bukannya orang yang melihat orang lain melakukannya. Industri unit trust ini adalah satu industri yang masih baru di Malaysia berbanding dengan negara-negara maju seperti UK dan US.

Melibatkan diri dalam perniagaan unit trust adalah suatu yang sangat mengujakan! Anda telah melihat berbagai-bagai latar belakang orang yang telah berjaya melakukannya. Jadi, segera bertindak. Anda berpotensi untuk melancong ke Dubai, UAE atau Korea atau Bali dengan percuma (termasuk tiket, penginapan, makan minum dan tour) selama seminggu dan mendapat pendapatan yang lumayan. Bayangkan anda tidak perlu terperangkap dalam kesesakan jalan raya pada waktu pagi dan petang kerana anda boleh mengubah masa anda bekerja.

Anda Silap Jika Menganggap Semua

Bisnes Berisiko Tinggi!

 

Risiko Bekerja Makan Gaji Yang Tak Kita Sedari

1. You're FIRED

2. Gaji Mati atau Tak Naik

3. Kalau Naik Pangkat Cepat Sangat, Kawan Dengki

4. Kena Pindah Lokasi Kerja dsb

 

 

Kelebihan Bisnes Unit Trust 

1. Modal Sedikit. Risiko rendah

2. Industri baru - peluang besar untuk maju

3. Berpotensi untuk mendapat pendapatan tanpa batas

4. Pendapatan pasif & flexi-masa bekerja

5. Percutian Percuma, Anugerah & Iktiraf

6. Bantu klien untuk memaksimakan pulangan

7. Bantu rakan untuk memulakan perniagaan dengan kos minima

8. Subsidi kursus antarabangsa Perancang Kewangan Bertauliah (Certified Financial Planner - CFP)

 

 

Cuba Fikirkan Formula Perniagaan Unit Trust Ini...

 

Jualan Bulanan

Pendapatan Bulanan

Bulan 1 - jual RM 100,000

RM2,750

Bulan 2 - jual RM 150,000

RM4,125

Bulan 3 - jual RM 200,000

RM5,500

Bulan 4 - jual RM 200,000

RM5,500

 

Cuba bayangkan jika anda hanya menjual RM200,000 setiap bulan. Seorang klien boleh melabur RM10,000. Jadi anda hanya perlu mencari 20 klien. Dalam sebulan anda bekerja hanya 20 hari. Hanya dapatkan klien 1 orang 1 hari. Jika anda lebih bijak, anda boleh mencari klien yang mempunyai RM200,000. Ini bermakna anda perlu mencari 1 klien 1 bulan. Dan yang lebih mudah lagi adalah klien anda yang mempunyai simpanan KWSP yang besar. Klien anda akan boleh melabur setiap 3 bulan dengan anda. Ini adalah bisnes ulangan dari klien yang sama setiap 3 bulan.

 

Anda juga boleh bayangkan bisnes unit trust ini seperti membina empayar perniagaan dengan outlet yang banyak atau seperti perniagaan franchais. Cuma jadikan rakan-rakan anda seperti anda menjual RM200,000 setiap bulan dan anda akan dapat manfaat RM1200. Bayangkan anda ada 5 orang yang anda jadikan entrepreneur seperti anda; 5 X RM1200 = RM6000. Binalah seberapa banyak entrepreneur supaya pendapatan anda akan lebih berganda dan terus berganda.

 

Alangkah baiknya jika kita boleh lakukan ini semuanya di dalam kumpulan.

 

Mahukah Anda Kami Tunjukkan

Cara Mudah dan Pantas

Jika Anda Boleh Melakukannya

Secara Berkumpulan?

 

 

Soalan-Soalan Menarik Yang

Bermain Di Fikiran Anda Bakal

Terjawab di Seminar Kami Nanti!

Adakah persoalan-persoalan ini sering bermain difikiran anda untuk anda memulakan perniagaan unit trust anda?.

  1. Bisnes apa yang sesuai untuk anda?

  2. Apa itu Unit Trust?

  3. Benarkah industri Unit Trust berpotensi besar ?

  4. Apakah persediaan sebelum menjadi usahawan/konsultan Unit Trust?

  5. Bagaimanakah cara memilih Syarikat Unit Trust yang sesuai dan terbaik?

  6. Perbandingan antara Syarikat-Syarikat Unit Trust di Malaysia?

  7. Apakah perbezaan di antara unit trust syariah dan konvensional?

  8. Berapakah kosnya untuk menjadi Konsultan Unit Trust?

  9. Apa yang anda perlu buat setelah mendaftar sebagai konsultan Unit Trust?
  10. Apa itu EPF Investment Scheme untuk Unit Trust?
  11. dan banyak lagi ......

 

Wajarkah Anda Membiarkan Peluang Yang Ada Di Depan Mata Berlalu Begitu Sahaja?

 

 

Manfaatkan Masa Anda

Sekarang Dengan Mempelajarinya

Daripada Orang Yang Berpengalaman!

 

Jika Anda Tidak Ingin Makan Gaji Selamanya...

 

Mulakan Langkah Pertama Anda Sekarang

Dengan Menghadiri Seminar Percuma Ini.

Pelajarilah Bagaimana Untuk Terus Memulakan

Perniagan Unit Trust

Walaupun Anda Bukan Seorang

Pakar Kewangan atau Pakar Jualan!

 

 

Matlamat Seminar:

Menyampaikan pengalaman kami dan membuka peluang kepada semua bumiputera untuk merebut perniagaan yang memberi pulangan lumayan dengan masa yang singkat.

 

 

PERCUMA!!!

 

Seminar Unit Trust - 2012!

 

"Cara Membina Bisnes Unit Trust Langkah Demi Langkah..."

 

 

Tarikh:    

 

Setiap Hari Sabtu

 

Waktu:   

 

12:00 tgh hingga 1:00 ptg

 

Agenda:

 

11:45 pg: Pendaftaran

12:00 pg: Kenapa Perlu Buat Bisnes?

12:15 pg: Kenapa Bisnes Unit Amanah dan Syarikat XX?

12:45 tgh: Testimoni Konsultan yang Berjaya

1:00 ptg: Tamat


Tempat: 

 

Public Mutual Training Room,

Tingkat 2 (gunakan lif),

34-2 Cheras Commercial Centre ,

Jalan 5/101C Off Jalan Kaskas,

56100 Cheras Kuala Lumpur.

bersebelahan dengan Hotel Caliber dan Restoran Janbo

 

Yuran: PERCUMA!!! 

 

dan dapat website PERCUMA lagi

 

Terhad untuk 10 Peserta sahaja!

 

 

Jika anda bercita-cita untuk

menjalankan perniagaan Unit Trust sebenar,

Kami Cadangkan Anda Untuk Hadir!

 

Lokasi Seminar

 

 

Public
                                      Mutual Unit Trust Consultant
                                      Seminar

Bangunan Cheras Commercial Centre yang boleh dilihat dari MRR2. Tempat Parking pada hari Sabtu tiada masalah.

Public Mutual Cheras

Peta untuk ke Public Mutual Cheras

KLIK DI SINI untuk lokasi terperinci pejabat myUnitTrust.com yang boleh dilihat di peta interaktif Google Map - terlengkap nama jalan dan ada fungsi zoom

 

 

AWAS!

Ini bukan seminar mengajar anda:

skim cepat kaya!

releks-releks duit masyuk!

 

 

Ini Adalah Seminar Peluang

Perniagaan Unit Trust .

 

banner-Unit-Trust-Malaysia Unit-Trust-Consultants-Seminar-Public Mutual

 

Rahsia Perniagaan Unit Trust Sebenar Dibongkar!

 

Cepat! Tempah Sekarang Sebelum

Kehabisan Tempat. Perkara Bertangguh

Biasanya Tak Akan Menjadi!

Anda Sendiri Yang Rugi...

 

10 7 kekosongan lagi!

 

 

Hubungi segera

 

HP:   013-397 0588 (Azah) atau 013-364 0043 (Arif)

 

Ya Arif! saya berminat dengan seminar PERCUMA ini. Saya akan hadir pada tarikh ini atau akan datang (jika ada). Sila berikan saya info-info terkini selanjutnya!

 

 

Email
Name
Negeri
H/P

Maklumat anda adalah rahsia

 

Katakan TIDAK pada SPAM!

P.S: Tidak pernah terfikir bahawa satu hari saya akan menjalankan perniagaan Unit Trust sepenuh masa sehingga telah menggantikan pendapatan makan gaji saya. Jika anda mahu, anda juga boleh melakukannya tetapi kenalah belajar caranya!

 

P.P.S: Adakah anda merasa rugi untuk pelaburan hanya 1 jam masa anda sekiranya anda berpeluang menjana puluhan ganda RM pendapatan lumayan melalui perniagaan Unit Trust anda nanti? Tambahan pula anda akan dapat website PERCUMA untuk mempromosi perniagaan anda!!!

 

Gambar sebahagian peserta Seminar Unit Trust di The Legend Hotel dan Mutual Fund Training Room Cheras

public
                                  mutual oh public mutual consultant
                                  azizah saad

public mutual oh public mutual
                                  consultant

 

Yang Membongkar,

arif
                                  signature

Arif Ismail

- Top Unit Trust Blog for keyword of "Unit Trust Consultant" either in Google or Yahoo search engine.

 

Caliph Advisor (001849925-U)

34-2 Cheras Commercial Centre, Jalan 5/101C, Off Jalan Kaskas

56100 Cheras Kuala Lumpur

 

 

© Hakcipta Terpelihara 2006-2010. Pembangunan web oleh: Arif Ismail. Kandungan di dalam laman web ini adalah hakcipta Arif Ismail. Sebarang peniruan atau mengambil isi kandungannya dalam sebarang bentuk media adalah dilarang sama sekali tanpa kebenaran daripada kami.